Investigators

Wednesday, September 9, 2009

its a awesome story

Aku sering ke sini dan ke sana bila ada kesempatan. Selalunya bukan masa yang menghalang pergerakan aku, bahkan aku punya banyak masa dan sanggup tidak tidur dan makan untuk meluangkan masa untuk sesuatu yang aku minat - tetapi penghadang yang selalu aku hadapi adalah wang ringgit. Kalau susah, buat lah cara orang susah, kan. Walaupun begitu, jika punya peluang poket dompet aku terisi, walau 20 ringgit sekalipun; tanpa cakap banyak - isi minyak kereta dan terus serang jalan raya - menuju ke destinasi, merayakan waktu muda aku yang hambar dan membosankan, menyebabkan aku tidak hips dan tiada tarikan karisma mendapat gadis-gadis berupa model, gamaknya (Chewah...). Sebab tu, aku macam stalker. Aku sering berada dikalangan mereka yang asing bagi aku dan mereka ini terpinggir, tetapi aku juga terpinggir dan terasing daripada mereka. Pergi persembahan sini dan sana, mengenali nama dan muka orang-orang popular dari jauh walaupun depan mata, tapi aku sendiri kecut telor menghampiri dan berborak-kenal mereka yang aku hormati tinggi kerana hasil karya dan produksi mereka. Macam manapun, itu masalah E.Q. aku yang tak tinggi - apa perlu peduli, kan.

Aku pertama kali melihat persembahan Rahmat Harun dari dekat depan mata pada sekitar Februari 2006 - sebelum itu aku sering melihat beliau di sekitar ibukota Kuala Lumpur, selipar jepun bersama dengan beg dan rambut
dreadlock-nya. Aku anggap ia suatu parti (i) (ii). Parti meraikan mereka yang gagal. Haha! Aku seorang yang gagal, maka aku juga raikan kegagalan aku dengan meriah, dikelilingi anih-anih dan asing-asing. Pertama kali melihat deklamasi puisi dan petikan gitar kecil beliau yang jujur dan beremosi, aku terus menggila! Menggila untuk terus berekspresi rasa yang ada dengan jujur. Itu kali pertama. Di party itu juga, pertama kali kugiran Hujan bermain di khalayak ramai sebelum, entah apa punca - namanya terus meletup "WoW!" di kalangan trendy-trendy (asshole) pendengar muzik terkini.

Kali kedua, sebulan dua selepas itu, di Rumah Pelita Hati - persembahan UlangTayang gabungan karya-karya oleh dua orang seniman yang giat berseni - Rahmat Harun dan Fathullah Luqman Yusoff - yang aku pernah beranikan diri untuk berborak dengan Abg Fathul lantas menjadi rakan-siber-kadang-kadang. Haha! Waktu ini, buku himpunan puisi Rahmat Harun telah diterbitkan dan dijual. Aku tak jadi beli kerana karung poket aku yang hanya cukup-cukup sen untuk bayar tol dan pulang, aku berkata "Mungkin satu hari nanti, akan datang peluang untuk memiliki buku itu dan akan aku berjimak dengan tulisan hati dan jiwa idola -ku".

2 tahun 6 bulan lebih kurang, masa berlalu deras seperti sungai mengalir dari hulunya, dan sekarang tiba masanya aku di hilir dan ke laut; entah kenapa, aku terserempak dengan buku ini lagi. Mungkin disebabkan permintaan
trendy-trendy asshole film KAMI yang ramai mungkin(?), buku ini dicetak lagi untuk yang kedua kali. Infiniti terima kasih kepada mereka di atas terjadinya semua ini, aku dapat menikmati buku ini seadanya.

Buku ini diterbitkan oleh penerbitan SuaraSuara pada awal tahun 2006. Punya 55 halaman berisi puisi dan ilustrasi lukisannya. Di tangan aku, buku ini dicetak untuk kali kedua. Di dalamnya, warna hitam putih dan kadang-kala dibiarkan susun supaya nampak kecamuk.

Buku ini dimulai dengan kata pengantar oleh Raja Ahmad Aminullah. Beliau ada berkata, "...Apabila saya membaca puisi-puisinya saya merasa seperti saya membaca buat pertama kali puisi-puisi Muhammad Haji Salleh, Baha Zain, Usman Awang, Ferlinghetti, Allen Ginsberg, Mahmoud Darwish dan Chairil Anwar. Saya teringat kepada bait-bait puisi Robert Frost yang berjudul 'The Road Not Taken'...". Aku tidak dapat tidak, bersetuju dengan pendapatnya.

Seni tulisannya berbeza daripada puisi-puisi yang mengikut protokol dan garis panduan di sekolah. Bebas, jujur, berat, kreatif dan paling penting terkesan pada aku. Jikalau tidak terkesan kepada kau, apa aku peduli. Heh. Bagaimanapun, aku tidak ingin mengulas lanjut tentang isi dan cerita puisinya, kerana itu kisah beliau dan terpulang pula kepada aku untuk melihatnya dari sudut diri dan keliling aku. Puisi yang paling panjang, meleret, dan menggerakkan jiwa aku untuk menghayatinya sendiri adalah
balada rabak balut (buat nasir jani) yang bermula dengan bait-bait, "Balut terakhir ke syorga Kudampingi dengan Sepenuh tenaga sepenuh belai asmara..."

Bagaimanapun, kepada yang berminat, cari dan belilah bukunya. Pasti sesal dan tidak sesal. Haha! Buku ditangan aku ini, aku jumpa dan beli di MPH, Midvalley. Aku tak tahu tempat lain, di mana boleh cari bukunya.

Tulisan di kulit belakang:
"Rahmat Harun seorang anak muda yang giat menulis puisi dan membuat lakaran serta sketsa. Juga merupakan seorang aktivis teater dan mempunyai pendirian yang tersendiri. Banyak bergaul dengan anak-anak muda yang peka terhadap lingkaran sosial masyarakatnya. Rahmat dalam usia yang muda telah menjelajah timur dan barat. Utopia Trauma merupakan kumpulan puisinya yang pertama."

Kandungan
khayal
tamadun
tidur
utopia trauma
ilustrasi i
balada jantan gagal
sajak bunga kental
ilustrasi ii
laloq mat solo
balada rabak balut
ilustrasi iii
talqin buat mat bunga @ mat kental
rebecca, kita tak pernah bercinta
hanya tinggal parut
ilustrasi iv
hitch hike
eraserhead
mayo
ilustrasi v
isim tiga musim
isim
doa selamat
obserbasi
ilustrasi vi
protes
taman tergantung bangsa
talqin (3) - hutang yang tak berbayar
ilustrasi vii
























this has something to do wit him , my cam teacher

No comments:

Post a Comment

Feel free to ask :)