macam macam aku belajar. ingat tak aku cakap pasal cabut bulu ayam tu semua, ingat aku ada masa ke nak susun ayat buat penipuan tak nyata macam tu. maaf, sifat jujur aku masih ada walaupun kadang kadang aku boleh jadi ayahanda kepada sekutu-sekutu pembongak bawahan aku. ingat tak aku cakap pasal aku pakai kain batik? ya ya , aku tak tipu. hari hari aku pakai kain batik tapi aku lipat ikut suka aku la. janji tak jatuh.
oh, hari panggang memanggang ! hari yang amat sibuk menyibuk dan disebukkan oleh seluruh sepupu sepapat, mak cik pak cik adik sedara, kakak sedara, sedara mara dan seumpamanya. untung la badan ayam kampung tak kena sembelih haritu. you're very lucky village chicken. beli je terus ayam suntik dari pasar. balik perap dan panggang. senang.
Oh (sekali lagi) selamat hari lahir kepada mereka yang menyambut hari lahir masa Hari Pangang-memangang iaitu fahmi dengan wawa. nasib semua cukup kalau tak dengan kau orang aku panggang sekali dan kepada mereka yang menyampaikan ucapan tahniah kepada saya atas kejayaan yang ditempa, terima kasih sekali lagi.
( sangat bodoh ucapan ni )
jadi , ni la bukti yang mendukung pernyataan saya yang pada pandangan anda masih kabur dan blurr
sangat rock bukan?
kan, mana ada tipu
oh oh , aku potong rambut :)


No comments:
Post a Comment
Feel free to ask :)