Investigators

Friday, January 25, 2013

lucu


Hidup ini lucu. disebalik kelucuan yang aku rasa selalu menyusup masuk perasaan kesal.mungkin bukan kekesalan.aku tak mampu mengenal pasti perasaan aku sendiri kerana aku diberitahu satu ketika dulu, aku bukanlah aku. aku hanyalah rasa dan aku tak pernah wujud pun sebenarnya.

Aku masih ingat satu malam itu. Disekolah. Aku bersama-sama konco-konco bahas yang lain. 4 senior dan beberapa junior  sibuk menyiapkan fail terakhir untuk perdebatan sekolah waktu cuti panjang bulan 6. Kau jangan runsing. aku bukanlah pendebat. aku cuma pembantu. penyelidik bahas bahasa melayu kata cikgu. hah, gelaran mengaburi mata semua orang. lepas waktu supper, kami kembali menyambung tugas. seorang demi seorang mengangkat kaki pulang ke kamar masing-masing. namun aku dan ika, ya ika,kami masih di situ. kadangkala merenung pemandangan kuala lumpur dari tingkap bilik minda tingkat 3 sambil berbicara.

Aku buat pertama kalinya berborak menggunakan bahasa ini. bahasa baku tapi perbualan kami seolah-seolah perbualan dalaman. aku diam. dia pun diam. aku bercakap. dia pun bercakap. kami seolah-seolah memahami padang perbualan kami sendiri. Aiman bola. Aku dan Ika pemain. cerita kami adalah padangnya. Aiman. siapa Aiman? Alya kalau ditakdirkan suatu hari nanti kau lupa Aiman ini, kau ingatlah yang dia merupakan pencetus perbualan kau dan ika sampai 4 pagi. melalui itu, kau kenal ika. tak banyak pun sikitlah. dia bukanlah sekadar kawan kau yang mempunyai passion terhadap bahasa melayu,  dia lebih dari itu.

Malam itu sunyi. kadang-kadang bunyi katil yang seram itu menjadi peneman kita. bukan bunyi cengkerik. jauh sekali. aku, buku penulisan aku. kau dan cerita kau. oh ya, ni pesanan untuk ika. aku sudah tidak menulis lagi. bukan tidak mahu malah aku diberi sebuah buku baru oleh ibu aku. aku suka. kulit sama dengan kulit buku aku yang kau tengok cuma yang aku pasti, jika aku bakal menulis lagi, penulisan kali ini akan menjadi lebih matang. mungkin ya mungkin tidak.

kau pernah cakap, jiwang aku hanya kau je yang tahu. aku ketawa memandang skrin komputer. aku menidakkan pernyataan kau. ini bukan jiwang ika, ini ________________________.


                               
                                      pemandangan dari tingkat 3. kau pasti kagum. aku juga begitu



No comments:

Post a Comment

Feel free to ask :)