Investigators

Sunday, June 30, 2013

Manis II


Manis.
Lumrah manusia melihat sesuatu yang manis.
Dibelek, disayang, dipuji, dipuja.
Sesuatu yang dilahirkan manis paras rupanya dilihat manis kesemuanya.

seperti permaisuri
aku bersimpuh di atas bantal empuk bersulam emas
mendabik dada memperlihatkan kekuasaan yang aku pupuk sehingga mega kepada dunia
kerana wahai arjuna,
kau aku punya.
hanya jika, kau aku punya.

Namun, sayang seribu kali sayang
kau sukakan manis yang zahir.
yang sedia ada, yang sedia untuk dicemburui,
tanpa kau perlu menyelam untuk mencari sesuatu yang priceless

namun ingat arjuna,
sesuatu yang priceless digilap berterusan dengan keringat yang tidak mengenal erti putus
jika dengan mudahnya
tangan yang tiada garis calar duka dan kecewa di sorong ke langit
menyambut kedatangan si manis ke pelukan bongkakmu
bersedialah untuk menanti mulut mengucap kata kehilangan
kerana tidak semua yang manis di cipta untuk menjadi milikmu.











No comments:

Post a Comment

Feel free to ask :)