pandangan mata dan lensa
tidak sama.
aku lihat anak muda ni dengan jelas.
sekali ku kilas
tak tumpah seperti aku dulu
mungkin berbeza tujuan
namun ketahuilah kawan
aku turut pernah duduk di situ seperti kamu
berfikir tentang ini, tentang itu
dan ketahuilah juga kamu
hingga kini aku masih tak menemui solusi untuk ini dan itu tadi
bazir.
terima kasih solid stranger,
aku rindu saat dulu
kadang-kadang berteman
kadang-kadang sendirian
terima kasih kerana mengingatkan aku,
tentang perihal lama
kerana
aku sudah pergi jauh.
No comments:
Post a Comment
Feel free to ask :)