Investigators

Friday, December 13, 2013

Amal kau tinggalkan


Ada malam-malam yang kepala aku rasa bangang.  aku pikir sebab dah lama sangat aku tak mengaji. dah lama sangat aku tak beramal. Aku banyak fikir benda-benda yang tak munasabah, yang bukan-bukan. Kalau pakcik aku bukak sesi beri nasihat, dah lama meleleh ni.

Aku dah lama tak balik. Bila balik, sejauh mana pun aku deny, aku sebenarnya cuba untuk lari. lari dari orang yang akan tanya aku tentang kehidupan aku. kehidupan di luar rumah kebun yang sememangnya sangat berbeza dengan kehidupan aku di Tronoh. Seri Iskandar.

Aku hilang. Hilang dalam dunia yang aku cipta. Aku lupa, dulu aku dipesan dan ditanya, 'kita punya seratus perasaan, macam mana kita nak satukan?'

Keliru. Aku mahukan jiwa yang tenang dulu. Aku mahukan perasaan itu kembali. Perasaan di mana, aku diberi peluang untuk melihat perkara yang aku terlepas pandang, aku sedar akan had percakapan, perbuatan dan pemikiran aku dan aku tahu akan benarnya sesuatu perkara.

Bila aku beramal, aku nampak apa yang orang lain tak nampak dan aku rasa apa yang orang lain lupa.

Sampailah satu hari aku dibiarkan berkelana sendiri. mencari ilmu dunia.

Di situ, secara perlahan-lahan aku mula tewas dengan pegangan dan amalan yang aku bina dan kumpul selama ni.

Pak cik aku pesan 'lagi kurang kita beramal, lagi banyak kesalahan yang kita buat.'

aku sorok belakang dinding pintu.  membiarkan separuh muka yang aku gagahkan untuk ditunjuk agar kewujudan aku masih mampu dilihat dan membiarkan separuh muka lagi disorok, mengumpul malu akan kelalaian aku. Dia tahu.

Senyum dan bergenang.

Seperti biasa aku tunduk malu. malu kalah dalam berperang atau mungkin, aku belum sempat berperang, aku sudah mula tewas. slowly

Aku beri salam , tanda " aku pulang dulu". Tumpuan aku diarahkan kepada makcik2 aku di dapur luar. Sambil ucap kata selamat moga aku sihat belaka, aku tunduk masuk kereta.

Mulut semakin berat untuk berkata apa-apa, even terima kasih kerana aku malu. Terima kasih dilontarkan dalam hati. Semoga dia dengar.

Aku ambil konklusi, jika kurang aku berkata-kata maka adalah tu pesanan dia yang aku lupakan.
Sesungguhnya, pakcik aku tahu apa yang aku fikir.

 Dia kenal aku

No comments:

Post a Comment

Feel free to ask :)