Investigators

Wednesday, January 25, 2012

Selamat Datang Dua Ribu Dua Belas

Aku suka bermonolog. Betul. Aku bermonolog dengan berjayanya sampai aku ingatkan aku sorang je yang ada dunia macam itu. Satu hari , masa aku tengah berjalan bawah bumbung dekat sekolah ( sebab sekolah aku menggalakkan para pelajarnya berjalan di bawah laluan pejalan kaki berbumbung, lagi2 waktu hujan , sayang la markah rumah ) dengan kawan aku, si Geliga, aku pun muka ketat habis buat konfesyen dekat dia " you know what , i talk alone. like all the time. even while im walking back to dorm i talk to myself. internally."  cakap omputeh ni. dia pun dengan eksitednye jawab " eh , me too. i used to have an  imaginary friend. someone that i talk to all the time" dia pun tak sangke ada orang lain yang pelik macam dia. aku monolog " minah ni lagi hadkor. siap ada imaginary friend lagi." sambil aku bermonolog, dia pun bercerite la tentang kisah dunia dia dan aku membiarkan kisah2 itu lalu je tepi telinga aku sampai la kitorang bawak haluan masing2 depan tangga.


Lepas scene pengakuan imaginary friend tu , aku terus tak berborak pasal topik tu lagi dengan dia. bukannya apa, takut nanti aku pulak yang ada imaginary friend. Itu akan membuktikan bahawa FOREVER ALONE-nya aku. tak tak, tak mahu. aku masih waras ya rakan-rakan. Kalau korang perasan , dalam blog ni pun aku tak de cerite secara khusus tentang perjalanan hidup aku. semuanya tentang , apa aku rasa pasal topik ni , apa aku rasa pasal topik tu. macam tu je la. sebab apa blog aku temanya sebegitu , sebab aku memang suka bercerite tentang pendapat aku dan aku suka mendengar pendapat orang. Cuma bezanya , aku tak boleh nak mendengar pendapat korang sebab dalam kes ni , korang je yang membaca dan secara ilusinya mendengar aku bercerite. namun suara aku bercerite dengan korang , adalah suara korang sendiri yang membaca mengenai apa yang aku rasa. korang faham? bagi yang tak faham tu mungkin bahasa aku terlalu komplikated untuk korang fahami atau mungkin, korang memang ditakdirkan untuk tidak paham apa yang aku cuba sampaikan. Mungkin.


p/s: tajuk post ni cam tak de kene mengene dengan cerita di bawahnya. Biasa la, orang pelik.




No comments:

Post a Comment

Feel free to ask :)