Investigators

Tuesday, April 30, 2013

Letih



Kadang-kadang aku letih. Letih tunggu sesuatu yang tak pasti. Menuggu tu memang satu penyeksaan.

Ni mesti kes belum dapat tawaran mana-mana lagi ni?
Ni mesti kes email kosong ni?
Ni mesti kes tak pegi Karnival Pengajian Tinggi pastu tak isi borang-borang Universiti?
Ni mesti kes berjanggut duduk rumah tak kerja makan tido makan tido?
Ni mesti kes takde pakwe? < SANGATLAH TIADA KENE MENGENA!
Ni mesti kes cemburu orang lain dapat tawaran , kau dapat habuk?

Bila fikir balik, semua ni bukanlah pertanyaan tau. Semua ni pernyataan. statement.  Nak kasi kita goyang lepas itu, selak buku sejarah hidup sehelai sehelai.

Kenapa jadi macam ni?
Kenapa lah dulu aku tak apply scholarship yang Mara tu?
Kenapalah aku ikut perasaan sampai tak google semua peluang yang ada?
Kenapa dan kenapa?

Kenapa, Apa dan Bagaimana sudah takde guna. Ulang sekali lagi. Takde Guna.
Jadi tunggu dan berdoa lah Alya. Sesungguhnya, pasti ada sesuatu yang disusun untuk kamu namun haruslah kamu  berusaha sementara menunggu keputusan rezeki itu hadir. Hadir dan mengubah semuanya.

Solat, Doa. Jangan Malas. Buang ego. Jangan sombong secara senyap dengan Yang Maha Esa.





No comments:

Post a Comment

Feel free to ask :)